20 March 2013

Inesen


12 tahun yang lalu, masa ni zaman inesen diriku - rambut masih lurus sebab sebelum pergi tadika tiap-tiap pagi mak yang sisirkan rambut (kaf.ba.ra.kaf.alif.ta.nun), mata tak rosak lagi sebab tak pernah tengok benda yang bukan-bukan, tak timbul lagi perasaan terhadap jantina berlawanan mahupun yg sejenis sebab masing2 masih berhingus, pergi tadika hanyalah untuk bermain bersama teman-teman sepanjang hari, bila ditanya mana kerja sekolah air mata adalah modal utama. Lagi pun guru tadika disitu adalah ibu saudara ku sendiri, jadi takda masalah kalau aku buat kerenah. Hehe

#Pejam celik, pejam celik siapa sangka esok adalah tarikh untuk ambil kuputusan SPM 2012. Hewww, pantasnya masa berlalu.

13 March 2013

Putus II

Sekarang berlaku fenomana dimana ramai member-member aku mengalami masalah dalam perhubungan dengan awek masing-masing mahupun dengan haiwan peliharaan diorang. Nasihat aku selagi mampu diselamatkan, ketepikan ego masing-masing, cuba bawa berunding dan cari jalan penyelesaian.

Tapi kata orang, kita hanya mampu merancang sebaliknya Tuhan yang menentukan. Sampai satu tahap bila mana tiada kata putus ataupun jalan penyelesaian, berpisah adalah keputusan yang terbaik.

Sebagai kawan yg prihatin, aku telah menyediakan beberapa potong ayat yg sesuai digunakan utk menyampaikan hasrat putus dekat bakal ex korang. Tapi dengan syarat penggunaan nada mestilah betul dan tepat sebab takut mesej tuh tak sampai. Semoga berjaya!

Kias/berpantun
"Naik kereta tekan break, awak terpelanting kedepan, harini kite break, hope awak tak tertekan."

Klise

(pegang jerawat,tengok cermin) "Saya tak sempurna untuk awak."

Islamik
"Kita akhiri hubungan ini dengan tasbih kifarah dan suratul Al-asr."
"Semalam ana solat istikarah...ana nmpak muka orang lain...ana tak nampak muka anta..makne nye anta bukan jodoh ana..."

Reveal the truth
"I ngandungkan anak abang U."
"Ada satu rahsia nak cakap. Hmm, sebenarnya kita sama jantan."

Tak sefahaman/sehaluan

Saya suka K-pop, awk suka Justin Bibir, saya minat Maria Ogawa, awak minat Luna Maya. Citarasa kita berbeza, saya nak mintak putus.

Friendzone

Takley nak sayang, dah anggap awak macam kawan/adik angkat/saudara susuan.

Straight to the point

"Awak punya x POWER!"

"Bagus jugak bila ramai member2 aku dah jadi single, sat lagi boley lha ajak maen HON/DOTA 2 tanpa gangguan anasir-anasir luar. Muahahahha hahahh haahhaha"

03 March 2013

Confess

Menjadi rutin harian bagi kiteorang lepas habis je training dekat gym, kiteorang akan pergi minum dekat warung yang berdekatan. Macam biasa la bila da lepak dekat warung, mesti lha akan ada topik2 yang diperkatakan. Takkan duduk diam je sambil main tenung-tenung mata. Bebek boleh lha sebab dia extreme g _ _. Jadi aku memulakan bicara dengan bertanyakan pendapat diaorang akan sesuatu yg telah lama aku pendamkan.

"Ko rasa patut tak aku confess yang aku suka dekat dia"

"Bagus lha, aku tengok ko dengan dia pun banyak 'chemistry', paling ketara sekali dua-dua rabun. Nanti dapat anak terus pakai kanta pembesar." ujar bebek sambil gelak sinis.


"Tak lha." celah Epul.

Bila Epul mencelah, aku fikir dia akan memberi pendapat yang membina berbanding Bebek yang hanya mampu menyakitkan hati.

Sambung Epul,"Kalau dah dua-dua rabun mesti lha anaknya buta."

"Kahkahkah." Dua sahabat tuh gelak besar mirip seperti orang hilang akal.

"Rasa menyesal pulak tanya kat dua ekor ni." bisik aku.