22 December 2011

[Karangan UPSR] : Aku Sehelai Seluar Dalam

Aku dilahirkan di sebuah kilang fabrik di Alor Setar, LA. Selepas dilahirkan, aku dimuatkan di dalam sebuah kotak bersama adik-beradikku yang lain dan dihantar ke sebuah butik yang terkemuka, iaitu butik Ariana(sedara Ariani).


Setelah seminggu aku berada di situ, aku diusha oleh seorang jejaka berdarah jawa yang bernama Bebek Bieber(bukan nama sebenar). Disebabkan saiz dan bentukku yang lain daripada lain, aku berjaya memikat hati Bebek  untuk membeliku.


Macam seluar dalam yang lain, aku diamanahkan untuk menjaga dan melindungi keselamatan tuutttt tuanku daripada sebarang bahaya dan anasir luar. Nampak macam mudah sahaja tugasku, tetapi sebenarnya ia memerlukan komitmen yang tingggi dalam melakukan pengawasan 24 jam tanpa henti.(Tengok keadaan jugak, kalau sampai musim selekeh dia, tugas aku boleh berlanjutan sampai 168 jam seminggu)


Selang beberapa bulan, Bebek ingin memakaiku lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.


Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Bebek berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.


Apabila terhidu bau benda terbakar, Bebek tergesa-gesa mendapatkanku. Tetapi nasi sudah menjadi burger, kerana aku sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Kini aku hanya meniti hari-hari malang ku di sebuah almari usang.


#Jarang sungguh aku jumpa orang yang seterika seluar dalam sendiri.
#Moral of the story, majulah sukan untuk negara ! :DDD

No comments:

Post a Comment