Menjadi rutin harian bagi kiteorang lepas habis je training dekat gym, kiteorang akan pergi minum dekat warung yang berdekatan. Macam biasa la bila da lepak dekat warung, mesti lha akan ada topik2 yang diperkatakan. Takkan duduk diam je sambil main tenung-tenung mata. Bebek boleh lha sebab dia extreme g _ _. Jadi aku memulakan bicara dengan bertanyakan pendapat diaorang akan sesuatu yg telah lama aku pendamkan.
"Ko rasa patut tak aku confess yang aku suka dekat dia"
"Bagus lha, aku tengok ko dengan dia pun banyak 'chemistry', paling ketara sekali dua-dua rabun. Nanti dapat anak terus pakai kanta pembesar." ujar bebek sambil gelak sinis.
"Tak lha." celah Epul.
Bila Epul mencelah, aku fikir dia akan memberi pendapat yang membina berbanding Bebek yang hanya mampu menyakitkan hati.
Sambung Epul,"Kalau dah dua-dua rabun mesti lha anaknya buta."
"Kahkahkah." Dua sahabat tuh gelak besar mirip seperti orang hilang akal.
"Rasa menyesal pulak tanya kat dua ekor ni." bisik aku.
Wah dah main gym skang eak? Mesti tuff badan kau ketul ketul
ReplyDelete