21 December 2012

Setem

Assalamualaikum
Selama 4 bulan blog ni terbengkalai, tak dihupdate, takde perkembangan ibarat gantung tak bertali sampai berhabuk dah ni. Akhirnya, hasil ihsan seorang  musuh/hamba/teman, iaitu Mak Jemah(bukan-nama-sebenar) blog ni telah kembali hidup dan berwajah baru. Tadaaa! tgk tuh siap ada bintang2 berkelipan bagai =,=. Walau macam mana baik Mak Jemah sekalipun, hutang mamee dia dengan aku tetap kena langsaikan. Muahahah :DDD 

Dalam masa 4 bulan tuh bukan terus melupakan dunia blog, kadang2 tuh ada jugak terfikir nak buad post baru. Tapi bila memikirkan kesibukkan sebagai seorang pelajar yang bakal menghadapi SPM , keinginan tuh terpaksa ditangguhkan.

*    *    *

Berbalik pada tajuk asal post ni, minat mengumpul setem ni terdetik daripada kakak aku. Mase kecik2 dulu aku suka tengok cara-cara dia kumpulkan setem. Daripada sampul yang bersetem, dia rendamkannya dalam air sampai setem tuh tertanggal dengan sendirinya. Kemudian dikeringkan dan baru la disusun dlm album setem. 

Bila album tuh penuh dengan setem, aku cepat-cepat mintak pinjam nak tengok. Serius, memang seronok dan rasa kepuasannya bila tengok setem-setem tuh cantik je tersusun. Kecik2 dulu pernah juga cuba kumpul setem sendiri, tapi sebab takde album sendiri aku akan selitkan je dekat buku2 komik. Bila mak aku buang buku komik aku, setem tuh sekali kena buang. Sedih siot ~

Kata orang kita belajar daripada kesilapan, sejak tuh aku da ada album setem sendiri. Tapi setem yang aku ada sekarang ni takde lha banyak sangat. Buat masa ni baru je ada 1 album. Kat bawah ni gambar-gambar yang aku snap dlm album setem tersebut. 








#Kebanyakan surat sekarang guna pos berbayar. Da takda guna setem-setem bagai. Demmmm T_T

08 July 2012

Masa Yang Terus Bergerak



Assalamualaikum,
Malam ni fikiran aku celaru sangat. Ada beberapa perkara yang asyik bermaen dekat kepala aku. Tambahan dengan tekanan dalam beberapa bulan ni maka bertambah serabut lha fikiran aku. Kadang-kadang bila aku duduk sorang2 tuh aku berharap sangat waktu yg bergerak sekarang ni terhenti buat selama lamanya. Sebab banyak benda yg aku takut bila masa terus bergerak tanpa ada titik noktah. Seikhlasnya, aku takut nak hadapi SPM untuk tahun ni. Bila orang tanya pada aku soalan2 seperti ni, berapa target aku untuk SPM, berapa peratus persediaan yg telah aku buad, jurusan apa yang aku nak sambung lepas habis SPM nanti. Maaflah, aku rasa aku masih takde jawapan lagi untuk semua soalan-soalan tuh.

*    *    *


Aku takut bila masa terus bergerak aku kian membesar dan umur pun terus meningkat. Sebenarnya, aku tak suka akan perubahan. Sebabnya bila sesuatu suasana/keadaan baru datang, keadaan yg dulu akan terus dilupakan. Aku takut aku akan lupa kisah-kisah silam aku terutamanya zaman kanak-kanak aku. Masa aku tahun 6 bersekolah di SKKJ, aku mampu mengingati nama teman-teman sekelasku, siap dengan nama bapanya sekali. Tapi harini, boleh dibilang dengan jari nama-nama yang masih aku ingat. Keadaan ni berulang semasa penghujung tahun aku tingkatan tiga, aku dan sahabat-sahabat rapat aku yang mana aku dah anggap macam adik-beradik sendiri. Kalau dulu kiteowg ulang kaji sama2, lepak sama2, kena denda pun same2 tapi segalanya berubah selepas mendapat keputusan PMR bila masing-masing mengambil haluan sendiri. Alhamdulillah, aku masih berhubung dengan dyowg tapi tak seriang dulu, waktu yang ada pun sekejap sangat. :')




#Dibandingkan dengan sekarang, zaman kanak-kanak aku dulu lagi menyeronokkan.

21 May 2012

Three Things to Understanding Girls

Assamualaikum,..
Fuhhhhh, rse nye dah lame tak menghupdate blog,  maaf la ye, 2-3 minggu ni sibuk dengan exam, paper sana paper sini...hurmmm, ape boleh buad. da tahun ni ade peperiksaaan besar punye, so, kena la usaha lebih sikit. Tapi aku tak nafikan, minggu peperiksaaan atau Earth Hour k, permainan video takkan pernah lari daripada hidup aku. Help me I'm in addicted ! Hehe. Alhamdulillah, kelmarin ade mase lapang sikit aku ade download satu movie. Tajuk movie tuh Journey 2 : The Mysterious Island. Daripada awal tahun lagi aku nak tengok movie ni, tapi sentiase je tak berkesempatan. Errrr, rase nye aku sentiasa je ade mase terluang mungkin aku sendiri yang terlupa kot. ahacks` XD

Tengah hari tadi, balek je sekolah, awal2 lagi aku dah set dlm minda, sat lagi aku nak tebus balek 6 jam aku tadi duk ngadap paper Fizik. Bukan kate rambut aku je boleh serabut, ni bulu dada pun boleh gugur. Arakian, dengan berdurasikan 1 jam 30 minit maka pukul 4.40 petang tadi la baru aku dapat mengkhatamkan movie tuh..keh3

Apa yg menarik dalam movie tuh ada satu part tuh yang membuatkan mate aku berhenti berkelip, hidung aku tetibe mula mengembang mengecut, kipas yg berpusing terhenti, jam dinding yang berdetik umpama terhenti seketika. Dalam part tuh The Rock ada bagitahu 3 cara untuk memahami seseorang perempuan.

Number one:-
Don't follow your instincts. Any other area in life instincts will get you there. Not with women. So whatever you think you should do, do, the opposite.

Number two:-
You need to be open and sensitive. Women don't want a man just beacause he's big and has abs. No. They want a thinker, a feeler. They want someone who can understand them. Women want a man who is in touch with his most inner emotions.

Number three:-
The most important thing, something that women have responded to for thousands of years. The Pec Pop of Love. HAHA, watch this.


#Auuchh, gtg peeps, happy reading ! 

09 April 2012

Rage Comic !

#1 Friend request


#2 Study


#3 Stomachache


#4 Relationship

27 March 2012

Makna Bacaan Dalam Solat

Assalamualaikum,..
Lepas tengok vid UAI pasal ni terdetik pulak nak terus search lagi mane2 taw aku boleh terjumpe vid yg boleh bantu aku perbaiki kesilapan aku dalam solat. Masalah utama aku dalam solat sekarang ni ialah aku susah nak khusyuk ketika solat. Ada jewk benda yg bermain dekat kepala aku. Terpikir pasal duit la, Nora Danish la, dan yg paling teruk sekali aku terpikir pasal game. Dan ade sekali tuh sampai aku boleh selesaikan soalan matematik dalam solat. Err, terok2. Tapi sekarang ni baru aku faham, kenapa kekadang tuh aku susah nak khusyuk dlm solat. Jawapannya, ialah aku sendiri tak faham apa bacaan yg aku baca dalam solat. Bila tak faham secara totally nya, aku memang tak boleh menghayati pengisian dalam ayat bacaan tuh. Yang kelakarnya, bermula daripada tahun 2002, hari pertama aku melangkah masuk pintu pagar sekolah agama aku sampai lha aku dah abis darjah khas (4 tahun yg lalu) tak pernah pun aku terfikir nak cuba bertanya/belajar/hafal/memahami maksud setiap perkataan dlm bacaan solat. Sadis bukan? Alhamdulillah, lepas tengok vid dekat bawah ni, aku dapat belajar maksud setiap perkataan dlm bacaan solat dengan mudah, cepat, ringkas, padat dan menjimatkan *wink2*(huhu, dah macam tagline jualan langsung jewk ^^,..)

*Sebelum tgk tutupkan dulu music background, takut mengganggu pulak

SELAMAT MENONTON !



20 March 2012

Aku Si Burung Kecil


Nukilan Puisi Syed Muhammad Naquib Al-Attas


Aku melihat dunia hari ini
Orang-orang islam ibarat digenggam
belenggu orang-orang kafir
Akhirat mereka luput
Dunia pun tercicir


Budaya jahil tidak diambil peduli
Melampau-lampau dalam hiburan
Khayalan keterlaluan
Luas… luas membanjir


Teruk… tak tertaksir orang-orang yang karam
Barus, Singkel, Pasai, Ranir, Cordoba, Banghdad, Andalus
Hilang… hilang ditelan zaman
Kita lupa semua jawaban persoalan kehidupan
yang mahir dihafal
Mampukah kita nak jawab di depan Mungkar dan Nakir nanti?


Setengah-setengah orang kata, sejarah ini ibarat pentas bermain wayang
Cerita-cerita lampau dihurai, dipanjang-panjangkan
Bila tamat, diulang…dan diulang…ulang kembali


Itulah sejarah
Kalau begitu, takkanlah mustahil
untuk giliran Islam pula yang mendatang
Tamadun kita yang lama dahulu yang indah gemilang
Hidup semula, kembali segar bugar terbentang, didunia yang luas...


*Tutup dulu music background sebelum tengok, takut mengganggu pulak 


Mungkin usaha aku hanya lha sekecil butiran2 di pantai. Tapi bila di akhirat kelak, Allah tidak akan tanya betapa besar usaha aku dalam menyebarkan dakwah Islam. Sebaliknya, Allah akan tanya adakah aku pernah berusaha dalam menyebarkan dakwah Islam.


Andai usaha aku hanyalah sebesar telapak tangan bayi ini, aku bersyukur. Bila aku punya nama, kedudukan dan harta akan ku lipatgandakan usaha ku ini. Insyaallah :')

14 March 2012

Cik Beah Osem !!!

Assalamualaikum..
Harini rasa terpanggil nak share beberapa vid daripada Cik Beah. Sebenarnya, dah lama mengikuti perkembangan Cik Beah sejak dari vid dia yg pasal tudung tuh la. Video dia simple, tapi memberi seribu satu pengajaran dan terselit juga unsur2 humor. Hehe, tuh yg Che Tuntung minat bebenor kat Cik Beah ni. Dah la, tak nak cakap panjang, tgk sendiri lha yew~



*Sebelum tgk stop kan dulu autoplay music background tuh, takut menganggu pulak nanti* 



#Ada banyak lagi vid Cik Beah Osem search jewk dekat Awaktube
#Dengar citer ND nak pergi umrah, mintak2 bila balek nanti terbuka pintu hati dia nak pakai tudung. Sejuk jewk mata memandang. C=

07 March 2012

OMG ! Aku Lupa !

Assalamualaikum
Tak tahu lha, harini seperti tak keruan bagi aku..pagi pagi lagi jewk aku dah lupa dekat mana aku letak cermin mata aku. Kelam kabut aku mencarinya. Lepas setengah jam baru aku jumpa cermin mata aku dekat rak dapur. Aku pun tak tahu macam mana boleh sampai sana sebab biasanya sebelum tidur aku akan letakkan dekat atas meja belajar aku. Mungkin semalam sebelum tidur aku pergi basuh muka agaknya. Bila dah siap pakai baju sekolah, aku lupa pulak aku letak name tag dekat mana. Sebab dah lewat sangat aku pergi jewk sekolah. Sampai jewk dekat sekolah aku kena tahan dengan pengawas. Tak dapat masuk perhimpunan, berdiri jewk dekat tepi court tenis lagak seperti budak baru kenal sekolah . Sob3. Walau bagaimanapun, disebabkan aku budak inesen, aku tak kena demerit atas kesalahan aku tuh. Sebabnya, aku lupa nak bagi dekat pengawas tuh buku merit-demerit aku. Maklum lha harini kan Hari Pelupa Sedunia. Keh, keh, keh..

Haa, macam ni lha muke aku mase terlewat nak pergi sekolah. Cume kat sini aku lupe nak pakai cermin mata. HEHE

Gambar Hiasan. Dan ni pula masa aku kena denda. Tapi takde lha sampai tahap aku kena menonggeng macam tuh. HAHA

Tapi yang paling penting sekali aku lupa akan sesuatu,
.
.
.
.
.
.

AKU LUPA HARINI BUFDAY NORA DANISH !!!


OMG ! MACAM MANA AKU BOLEH LUPA HARINI BUFDAY NORA DANISH YANG KE-30 . . .

FAIL !


#Mungkin sebab aku byk hafaz formula addmath tuh psal aku jadi pelupa kowt. Huahahah
#Rase macam nak hadiahkan Nora Danish pashmina jewk. Mesti lagi cantik kan kalau Nora Danish bertudung.
#Cam gini nak cari awek sebelah Kuala Terengganu la. Mane taw dapat yg sebijik cam Nora Danish. Hehe :D

29 February 2012

Latihan Menguji Kepala Lutut

Assalamualaikum !
Disebabkan minggu ni adalah minggu peperiksaan. Aku bercadang untuk menguji tahap kepintaran dan kebijaksanaan korang sebelum korang menduduki peperiksaan. Lebih kurang macam latihan memanaskan badan lha. Peruntukan masa bagi setiap soalan ialah 3 minit. Meniru, bertanye kepada pak cik Google dan mencabul kertas soalan adalah dilarang sama sekali kerana besar kemungkinan setiap jawapan yg dtg datang daripada sumber yg haram akan menyebabkan kedutan diwajah anda bertambah setiap inci...

SELAMAT MENCUBA ! (Demm, awat intro aku panjang sangat)

#1 Dalam mase 3 minit, baca petikan di bawah tanpa mengeluarkan sebarang suara sumbang

*Untuk pertumbesaran tekan ctrl+mouse click 

#2 Cari "THE HIDDEN TIGER" yg tersembunyi dlm gambar ini


#3 Tentukan warna setiap perkataan tanpa membacanya


#4 Pilih jawapan yg betul bagi soalan ilmu hisab di bawah


#5 Selesaikan persoalan yg disoalkan oleh soalan tersebut


#6 Tentukan jantina makhluk ini

*Gambar Hiasan

      SOALAN TAMAT . . .


#Untung lha sape lahir pada 29 Feb, sentiasa awet muda jewk,..sambut bufday pun 4 tahun sekali...

25 February 2012

10 Facts About You !

1. You're reading right now . . .
2. You're realizing that is a stupid fact . . .
4. You didn't notice i skipped three . . .
5. You're checking now . . .
6. You're smiling . . .
7. You're still reading this even though its stupid. . .
9. You didn't realize i skipped eight . . .
10. You're checking and smiling about how you fell for it again . . .
11. You're enjoying this . . .

scroll  down  . . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .

12. You didn't realize there's only supposed to be 10 facts . . .

GOTCHA !





17 February 2012

Love Is So Easy?


(Namolla Family feat Tae In ~ )


I believe My wish My Hope Until she come and finds me now..

That we dont need love, that we should stop now
Every night, i think about my love
It should be the words from those pretty lips? My ears suspected
I thought that it probably isn't it
If that would have been your truth, If it was your true true heart

(You can now leave)Im waiting. I really am . you
You turn your back on me again. I believed that you would come to me
The words to leave were lies prides

(I cant say those words) uh! you that I loved so much. so easily so easily
If i were to have confidence to live and forget, If only I could could have..

*
Please dont go. Even if i held you, you must have moved. (no matter how much i)
I guess it means nothing to say that i love you. (I guess it doesnt mean anything)

Maybe she doesnt like me. thats why she left. (just leave)
Maybe im just waiting even if I know it wont work. (im really like a fool)

Before dawn, rain like dew falls down. And closed tears about to fall 
In front of you, I keep it all in by smiling and force them in.

Theres sometimes stuff that wont work no matter how hard you try. The more, i try in front of you, it wont work.
I cry, not able to do anything, I cry behind your back. Because Im a guy I cry without any noise.

(While crying) I wont cry in front of you
(While crying) I wont let my tears fall anymore
(She) I wont look for where she is
(Leaves) I will only hold on to you today

Do you think I will be that happy for being with someone else?
Does the other guys do as much as me?

Dont know you really dont know
Do you think love is that easy?

*
Please dont leave. Even if i held on to you, you have moved. (no matter how much i)
What should I do. No matter how much times I tell you i love you, it doesnt mean anything. (now it doesnt mean anything)

Maybe she doesnt like me. thats why she left. (just leave)
Maybe im just waiting even if I know it wont work. (im really like a fool)

The memories come back. The amount I gave you
Forget my all, and not think as it as a lot
Break up, maybe its breaking up. No maybe its foolish, foolishness.
I should have not met you in the first place. I fell in some time. my girl
Even if you try to take it off, I know you too well. I know that it wont work.

Even if i try to wait. Even if i try my hardest.
Wont you really know?

The words, I love you. That I am your all.
I probably wont be able to say those words...

*
Please dont go. Maybe you moved even if i held you tight. (even if i did)
How saying love...
Maybe she doesn't like me. thats why she left. (just leave)
Maybe im just waiting even if I know it wont work. (im really like a fool)

Leave..Leave...


15 February 2012

Lipatan Sejarah Yang Dirahsiakan

Pernah tak korang terpikir kenapa dan mengapa hanya Melaka sahaja yang dijajah oleh Portugis. Tidak pula negeri-negeri disebelah utara, sedangkan mereka mempunyai kelebihan dari segi ketenteraan, persenjataan dan strategi perang. Dan sudah semestinya begitu senang untuk mereka menguasai negeri-negeri tersebut. Kalau kita imbas kembali negeri2 sebelah utara juga mempunyai hasil kekayaan yang tersendiri..Misalnya, Perak kaya dengan bijih timah, Pulau Pinang pula terkenal dengan Nasi Kandar dan Laksa Penang. Hairan sungguh bukan?


Kisah di sebalik sejarah ..
1508: Alfonso de al buqurque(bukaki) menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.
Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat Dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 Hari itu dengan 5 Hang bersudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan berputus asa.
1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah Dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.
Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera disana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.
Seminggu selepas itu..
Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah
Perisik 1.2.3: Selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: Selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangatkah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang!
Perisik 3: Betoi tu tuan. Antaranya: 
Hang sihat, hang buat apa, hang apak habar, hang lagu mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana..
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri, inikan pula nak berhadapan beribu-ribu hang kat situ...

:keke:keke:keke 





02 February 2012

The Best Medicine ~


It’s actually really easy to treat someone nicely, it’s easy to do a lot of sweet things for someone, it’s easy to shower someone with love and gifts. But it’s so hard, so hard, to be understanding and patient when things aren’t going the way you want. It took me so many years to try to learn this, and even now I can’t say it’s easy, but I know I’m trying.

#CAUTION, it can be the worst poison too !

01 January 2012

Happy New Year [2012] !



#Moga tahun ny akan menjadi titik tolak dalam perubahan semua orang ke arah yang lebih baik..Dan yang paling penting tahun ni aku adalah salah seorang mangsa SPM 2012..Harap aku akan bersedia dalam semua aspek ketika mendudukinya dan mendapat keputusan yang terbaik..Insyaallah~