21 December 2012

Setem

Assalamualaikum
Selama 4 bulan blog ni terbengkalai, tak dihupdate, takde perkembangan ibarat gantung tak bertali sampai berhabuk dah ni. Akhirnya, hasil ihsan seorang  musuh/hamba/teman, iaitu Mak Jemah(bukan-nama-sebenar) blog ni telah kembali hidup dan berwajah baru. Tadaaa! tgk tuh siap ada bintang2 berkelipan bagai =,=. Walau macam mana baik Mak Jemah sekalipun, hutang mamee dia dengan aku tetap kena langsaikan. Muahahah :DDD 

Dalam masa 4 bulan tuh bukan terus melupakan dunia blog, kadang2 tuh ada jugak terfikir nak buad post baru. Tapi bila memikirkan kesibukkan sebagai seorang pelajar yang bakal menghadapi SPM , keinginan tuh terpaksa ditangguhkan.

*    *    *

Berbalik pada tajuk asal post ni, minat mengumpul setem ni terdetik daripada kakak aku. Mase kecik2 dulu aku suka tengok cara-cara dia kumpulkan setem. Daripada sampul yang bersetem, dia rendamkannya dalam air sampai setem tuh tertanggal dengan sendirinya. Kemudian dikeringkan dan baru la disusun dlm album setem. 

Bila album tuh penuh dengan setem, aku cepat-cepat mintak pinjam nak tengok. Serius, memang seronok dan rasa kepuasannya bila tengok setem-setem tuh cantik je tersusun. Kecik2 dulu pernah juga cuba kumpul setem sendiri, tapi sebab takde album sendiri aku akan selitkan je dekat buku2 komik. Bila mak aku buang buku komik aku, setem tuh sekali kena buang. Sedih siot ~

Kata orang kita belajar daripada kesilapan, sejak tuh aku da ada album setem sendiri. Tapi setem yang aku ada sekarang ni takde lha banyak sangat. Buat masa ni baru je ada 1 album. Kat bawah ni gambar-gambar yang aku snap dlm album setem tersebut. 








#Kebanyakan surat sekarang guna pos berbayar. Da takda guna setem-setem bagai. Demmmm T_T

No comments:

Post a Comment