08 July 2012

Masa Yang Terus Bergerak



Assalamualaikum,
Malam ni fikiran aku celaru sangat. Ada beberapa perkara yang asyik bermaen dekat kepala aku. Tambahan dengan tekanan dalam beberapa bulan ni maka bertambah serabut lha fikiran aku. Kadang-kadang bila aku duduk sorang2 tuh aku berharap sangat waktu yg bergerak sekarang ni terhenti buat selama lamanya. Sebab banyak benda yg aku takut bila masa terus bergerak tanpa ada titik noktah. Seikhlasnya, aku takut nak hadapi SPM untuk tahun ni. Bila orang tanya pada aku soalan2 seperti ni, berapa target aku untuk SPM, berapa peratus persediaan yg telah aku buad, jurusan apa yang aku nak sambung lepas habis SPM nanti. Maaflah, aku rasa aku masih takde jawapan lagi untuk semua soalan-soalan tuh.

*    *    *


Aku takut bila masa terus bergerak aku kian membesar dan umur pun terus meningkat. Sebenarnya, aku tak suka akan perubahan. Sebabnya bila sesuatu suasana/keadaan baru datang, keadaan yg dulu akan terus dilupakan. Aku takut aku akan lupa kisah-kisah silam aku terutamanya zaman kanak-kanak aku. Masa aku tahun 6 bersekolah di SKKJ, aku mampu mengingati nama teman-teman sekelasku, siap dengan nama bapanya sekali. Tapi harini, boleh dibilang dengan jari nama-nama yang masih aku ingat. Keadaan ni berulang semasa penghujung tahun aku tingkatan tiga, aku dan sahabat-sahabat rapat aku yang mana aku dah anggap macam adik-beradik sendiri. Kalau dulu kiteowg ulang kaji sama2, lepak sama2, kena denda pun same2 tapi segalanya berubah selepas mendapat keputusan PMR bila masing-masing mengambil haluan sendiri. Alhamdulillah, aku masih berhubung dengan dyowg tapi tak seriang dulu, waktu yang ada pun sekejap sangat. :')




#Dibandingkan dengan sekarang, zaman kanak-kanak aku dulu lagi menyeronokkan.

No comments:

Post a Comment