27 February 2013

Putus

Beberapa hari lepas, aku mengambil cuti separuh hari untuk bertemu guru tuisyen bagi melunaskan yuran yang tertunggak. Dalam menunggu kehadirannya, aku bersanggah di gerai kenalan lama tak jauh dari kelas tuisyen. Kelihatan sahabatku sedang memikirkan sesuatu permasalahan yang sukar untuk mendapatkan jawapannya. Kerutan di dahinya mampu menggambarkan kerumitan yg dialami.

"Masih fikirkan pasal semalam tuh?"

"A'ah. Aku rasa aku nak jadi bujang balek lha. Aku tahu dia ada simpan lelaki lain. Tengok gaya dia text dengan aku pun dah tahu."

"Habis ko dah putus dengan dia?"

"Lebih kurang, tapi dia suruh aku buad ke-putus-an Sabtu ni. Dia suruh aku fikir semasak-masaknya dan dia cakap dia masih sayang dekat aku."

"Tuh tipu je semua tuh. Dia suruh ko buat ke-putus-an. Kalau ambil kata dasarnya 'putus'. Nampak, dia memang nak mintak putus dengan ko." Hasut aku.

"Aku memang nak mintak putus, tapi aku tak tahu macam mana nak bagitahu dekat dia. Kalau boleh aku tak nak dia terluka."

"Ooooooo......" balas aku. 2 harakat mungkin.

"Kau ada tak idea atau ayat yang boleh aku guna untuk sampaikan dekat dia?"

"Serius, kau nak pendapat daripada aku? soal aku balik.

"Ye lha."

"Kalau aku jadi ko aku ckp la aku ni gay/homoseksual. Nak berlapik sikit, cakap lha ko lebih berminat dengan pisang daripada nasi lemak. Kalau tak faham jugak, bagitahu je yang ko ada masalah reproduktif sistem. Testis ko tak mampu nak hasilkan sperma sebaik Arun Aziz lagi menyebabkan ko tak mampu nak ada zuriat. Senang bukan?"

"Demmmm, ko Yus!"
 



21 December 2012

Setem

Assalamualaikum
Selama 4 bulan blog ni terbengkalai, tak dihupdate, takde perkembangan ibarat gantung tak bertali sampai berhabuk dah ni. Akhirnya, hasil ihsan seorang  musuh/hamba/teman, iaitu Mak Jemah(bukan-nama-sebenar) blog ni telah kembali hidup dan berwajah baru. Tadaaa! tgk tuh siap ada bintang2 berkelipan bagai =,=. Walau macam mana baik Mak Jemah sekalipun, hutang mamee dia dengan aku tetap kena langsaikan. Muahahah :DDD 

Dalam masa 4 bulan tuh bukan terus melupakan dunia blog, kadang2 tuh ada jugak terfikir nak buad post baru. Tapi bila memikirkan kesibukkan sebagai seorang pelajar yang bakal menghadapi SPM , keinginan tuh terpaksa ditangguhkan.

*    *    *

Berbalik pada tajuk asal post ni, minat mengumpul setem ni terdetik daripada kakak aku. Mase kecik2 dulu aku suka tengok cara-cara dia kumpulkan setem. Daripada sampul yang bersetem, dia rendamkannya dalam air sampai setem tuh tertanggal dengan sendirinya. Kemudian dikeringkan dan baru la disusun dlm album setem. 

Bila album tuh penuh dengan setem, aku cepat-cepat mintak pinjam nak tengok. Serius, memang seronok dan rasa kepuasannya bila tengok setem-setem tuh cantik je tersusun. Kecik2 dulu pernah juga cuba kumpul setem sendiri, tapi sebab takde album sendiri aku akan selitkan je dekat buku2 komik. Bila mak aku buang buku komik aku, setem tuh sekali kena buang. Sedih siot ~

Kata orang kita belajar daripada kesilapan, sejak tuh aku da ada album setem sendiri. Tapi setem yang aku ada sekarang ni takde lha banyak sangat. Buat masa ni baru je ada 1 album. Kat bawah ni gambar-gambar yang aku snap dlm album setem tersebut. 








#Kebanyakan surat sekarang guna pos berbayar. Da takda guna setem-setem bagai. Demmmm T_T

08 July 2012

Masa Yang Terus Bergerak



Assalamualaikum,
Malam ni fikiran aku celaru sangat. Ada beberapa perkara yang asyik bermaen dekat kepala aku. Tambahan dengan tekanan dalam beberapa bulan ni maka bertambah serabut lha fikiran aku. Kadang-kadang bila aku duduk sorang2 tuh aku berharap sangat waktu yg bergerak sekarang ni terhenti buat selama lamanya. Sebab banyak benda yg aku takut bila masa terus bergerak tanpa ada titik noktah. Seikhlasnya, aku takut nak hadapi SPM untuk tahun ni. Bila orang tanya pada aku soalan2 seperti ni, berapa target aku untuk SPM, berapa peratus persediaan yg telah aku buad, jurusan apa yang aku nak sambung lepas habis SPM nanti. Maaflah, aku rasa aku masih takde jawapan lagi untuk semua soalan-soalan tuh.

*    *    *


Aku takut bila masa terus bergerak aku kian membesar dan umur pun terus meningkat. Sebenarnya, aku tak suka akan perubahan. Sebabnya bila sesuatu suasana/keadaan baru datang, keadaan yg dulu akan terus dilupakan. Aku takut aku akan lupa kisah-kisah silam aku terutamanya zaman kanak-kanak aku. Masa aku tahun 6 bersekolah di SKKJ, aku mampu mengingati nama teman-teman sekelasku, siap dengan nama bapanya sekali. Tapi harini, boleh dibilang dengan jari nama-nama yang masih aku ingat. Keadaan ni berulang semasa penghujung tahun aku tingkatan tiga, aku dan sahabat-sahabat rapat aku yang mana aku dah anggap macam adik-beradik sendiri. Kalau dulu kiteowg ulang kaji sama2, lepak sama2, kena denda pun same2 tapi segalanya berubah selepas mendapat keputusan PMR bila masing-masing mengambil haluan sendiri. Alhamdulillah, aku masih berhubung dengan dyowg tapi tak seriang dulu, waktu yang ada pun sekejap sangat. :')




#Dibandingkan dengan sekarang, zaman kanak-kanak aku dulu lagi menyeronokkan.

21 May 2012

Three Things to Understanding Girls

Assamualaikum,..
Fuhhhhh, rse nye dah lame tak menghupdate blog,  maaf la ye, 2-3 minggu ni sibuk dengan exam, paper sana paper sini...hurmmm, ape boleh buad. da tahun ni ade peperiksaaan besar punye, so, kena la usaha lebih sikit. Tapi aku tak nafikan, minggu peperiksaaan atau Earth Hour k, permainan video takkan pernah lari daripada hidup aku. Help me I'm in addicted ! Hehe. Alhamdulillah, kelmarin ade mase lapang sikit aku ade download satu movie. Tajuk movie tuh Journey 2 : The Mysterious Island. Daripada awal tahun lagi aku nak tengok movie ni, tapi sentiase je tak berkesempatan. Errrr, rase nye aku sentiasa je ade mase terluang mungkin aku sendiri yang terlupa kot. ahacks` XD

Tengah hari tadi, balek je sekolah, awal2 lagi aku dah set dlm minda, sat lagi aku nak tebus balek 6 jam aku tadi duk ngadap paper Fizik. Bukan kate rambut aku je boleh serabut, ni bulu dada pun boleh gugur. Arakian, dengan berdurasikan 1 jam 30 minit maka pukul 4.40 petang tadi la baru aku dapat mengkhatamkan movie tuh..keh3

Apa yg menarik dalam movie tuh ada satu part tuh yang membuatkan mate aku berhenti berkelip, hidung aku tetibe mula mengembang mengecut, kipas yg berpusing terhenti, jam dinding yang berdetik umpama terhenti seketika. Dalam part tuh The Rock ada bagitahu 3 cara untuk memahami seseorang perempuan.

Number one:-
Don't follow your instincts. Any other area in life instincts will get you there. Not with women. So whatever you think you should do, do, the opposite.

Number two:-
You need to be open and sensitive. Women don't want a man just beacause he's big and has abs. No. They want a thinker, a feeler. They want someone who can understand them. Women want a man who is in touch with his most inner emotions.

Number three:-
The most important thing, something that women have responded to for thousands of years. The Pec Pop of Love. HAHA, watch this.


#Auuchh, gtg peeps, happy reading ! 

09 April 2012

Rage Comic !

#1 Friend request


#2 Study


#3 Stomachache


#4 Relationship