Assalamualaikum Selama 4 bulan blog ni terbengkalai, tak dihupdate, takde perkembangan ibarat gantung tak bertali sampai berhabuk dah ni. Akhirnya, hasil ihsan seorang musuh/hamba/teman, iaitu Mak Jemah(bukan-nama-sebenar) blog ni telah kembali hidup dan berwajah baru. Tadaaa! tgk tuh siap ada bintang2 berkelipan bagai =,=. Walau macam mana baik Mak Jemah sekalipun, hutang mamee dia dengan aku tetap kena langsaikan. Muahahah :DDD
Dalam masa 4 bulan tuh bukan terus melupakan dunia blog, kadang2 tuh ada jugak terfikir nak buad post baru. Tapi bila memikirkan kesibukkan sebagai seorang pelajar yang bakal menghadapi SPM , keinginan tuh terpaksa ditangguhkan.
* * *
Berbalik pada tajuk asal post ni, minat mengumpul setem ni terdetik daripada kakak aku. Mase kecik2 dulu aku suka tengok cara-cara dia kumpulkan setem. Daripada sampul yang bersetem, dia rendamkannya dalam air sampai setem tuh tertanggal dengan sendirinya. Kemudian dikeringkan dan baru la disusun dlm album setem.
Bila album tuh penuh dengan setem, aku cepat-cepat mintak pinjam nak tengok. Serius, memang seronok dan rasa kepuasannya bila tengok setem-setem tuh cantik je tersusun. Kecik2 dulu pernah juga cuba kumpul setem sendiri, tapi sebab takde album sendiri aku akan selitkan je dekat buku2 komik. Bila mak aku buang buku komik aku, setem tuh sekali kena buang. Sedih siot ~
Kata orang kita belajar daripada kesilapan, sejak tuh aku da ada album setem sendiri. Tapi setem yang aku ada sekarang ni takde lha banyak sangat. Buat masa ni baru je ada 1 album. Kat bawah ni gambar-gambar yang aku snap dlm album setem tersebut.
#Kebanyakan surat sekarang guna pos berbayar. Da takda guna setem-setem bagai. Demmmm T_T
Assalamualaikum, Malam ni fikiran aku celaru sangat. Ada beberapa perkara yang asyik bermaen dekat kepala aku. Tambahan dengan tekanan dalam beberapa bulan ni maka bertambah serabut lha fikiran aku. Kadang-kadang bila aku duduk sorang2 tuh aku berharap sangat waktu yg bergerak sekarang ni terhenti buat selama lamanya. Sebab banyak benda yg aku takut bila masa terus bergerak tanpa ada titik noktah. Seikhlasnya, aku takut nak hadapi SPM untuk tahun ni. Bila orang tanya pada aku soalan2 seperti ni, berapa target aku untuk SPM, berapa peratus persediaan yg telah aku buad, jurusan apa yang aku nak sambung lepas habis SPM nanti. Maaflah, aku rasa aku masih takde jawapan lagi untuk semua soalan-soalan tuh.
* * *
Aku takut bila masa terus bergerak aku kian membesar dan umur pun terus meningkat. Sebenarnya, aku tak suka akan perubahan. Sebabnya bila sesuatu suasana/keadaan baru datang, keadaan yg dulu akan terus dilupakan. Aku takut aku akan lupa kisah-kisah silam aku terutamanya zaman kanak-kanak aku. Masa aku tahun 6 bersekolah di SKKJ, aku mampu mengingati nama teman-teman sekelasku, siap dengan nama bapanya sekali. Tapi harini, boleh dibilang dengan jari nama-nama yang masih aku ingat. Keadaan ni berulang semasa penghujung tahun aku tingkatan tiga, aku dan sahabat-sahabat rapat aku yang mana aku dah anggap macam adik-beradik sendiri. Kalau dulu kiteowg ulang kaji sama2, lepak sama2, kena denda pun same2 tapi segalanya berubah selepas mendapat keputusan PMR bila masing-masing mengambil haluan sendiri. Alhamdulillah, aku masih berhubung dengan dyowg tapi tak seriang dulu, waktu yang ada pun sekejap sangat. :') #Dibandingkan dengan sekarang, zaman kanak-kanak aku dulu lagi menyeronokkan.
Fuhhhhh, rse nye dah lame tak menghupdate blog, maaf la ye, 2-3 minggu ni sibuk dengan exam, paper sana paper sini...hurmmm, ape boleh buad. da tahun ni ade peperiksaaan besar punye, so, kena la usaha lebih sikit. Tapi aku tak nafikan, minggu peperiksaaan atau Earth Hour k, permainan video takkan pernah lari daripada hidup aku. Help me I'm in addicted ! Hehe. Alhamdulillah, kelmarin ade mase lapang sikit aku ade download satu movie. Tajuk movie tuh Journey 2 : The Mysterious Island. Daripada awal tahun lagi aku nak tengok movie ni, tapi sentiase je tak berkesempatan. Errrr, rase nye aku sentiasa je ade mase terluang mungkin aku sendiri yang terlupa kot. ahacks` XD
Tengah hari tadi, balek je sekolah, awal2 lagi aku dah set dlm minda, sat lagi aku nak tebus balek 6 jam aku tadi duk ngadap paper Fizik. Bukan kate rambut aku je boleh serabut, ni bulu dada pun boleh gugur. Arakian, dengan berdurasikan 1 jam 30 minit maka pukul 4.40 petang tadi la baru aku dapat mengkhatamkan movie tuh..keh3
Apa yg menarik dalam movie tuh ada satu part tuh yang membuatkan mate aku berhenti berkelip, hidung aku tetibe mula mengembang mengecut, kipas yg berpusing terhenti, jam dinding yang berdetik umpama terhenti seketika. Dalam part tuh The Rock ada bagitahu 3 cara untuk memahami seseorang perempuan.
Number one:-
Don't follow your instincts. Any other area in life instincts will get you there. Not with women. So whatever you think you should do, do, the opposite.
Number two:-
You need to be open and sensitive. Women don't want a man just beacause he's big and has abs. No. They want a thinker, a feeler. They want someone who can understand them. Women want a man who is in touch with his most inner emotions.
Number three:-
The most important thing, something that women have responded to for thousands of years. The Pec Pop of Love. HAHA, watch this.
Assalamualaikum,.. Lepas tengok vid UAI pasal ni terdetik pulak nak terus search lagi mane2 taw aku boleh terjumpe vid yg boleh bantu aku perbaiki kesilapan aku dalam solat. Masalah utama aku dalam solat sekarang ni ialah aku susah nak khusyuk ketika solat. Ada jewk benda yg bermain dekat kepala aku. Terpikir pasal duit la, Nora Danish la, dan yg paling teruk sekali aku terpikir pasal game. Dan ade sekali tuh sampai aku boleh selesaikan soalan matematik dalam solat. Err, terok2. Tapi sekarang ni baru aku faham, kenapa kekadang tuh aku susah nak khusyuk dlm solat. Jawapannya, ialah aku sendiri tak faham apa bacaan yg aku baca dalam solat. Bila tak faham secara totally nya, aku memang tak boleh menghayati pengisian dalam ayat bacaan tuh. Yang kelakarnya, bermula daripada tahun 2002, hari pertama aku melangkah masuk pintu pagar sekolah agama aku sampai lha aku dah abis darjah khas (4 tahun yg lalu) tak pernah pun aku terfikir nak cuba bertanya/belajar/hafal/memahami maksud setiap perkataan dlm bacaan solat. Sadis bukan? Alhamdulillah, lepas tengok vid dekat bawah ni, aku dapat belajar maksud setiap perkataan dlm bacaan solat dengan mudah, cepat, ringkas, padat dan menjimatkan *wink2*(huhu, dah macam tagline jualan langsung jewk ^^,..)
*Sebelum tgk tutupkan dulu music background, takut mengganggu pulak